Mash
  • Categories
    • Maecenas
    • Aenean Eleifend
    • Vulputate
    • Etiam
  • Features
    • Category Blocks
    • Content Blocks
      • Accordions
      • Alerts
      • Author
      • Facebook Fanpage
      • Instagram Feed
      • Pinterest Board
      • Progress Bars
      • Separators
      • Share Buttons
      • Social Links
      • Subscription Forms
      • Tabs & Pills
      • Twitter Feed
    • Content Formatting
      • Badges
      • Drop Caps
      • Styled Blocks
      • Styled Lists
      • Numbered Headings
    • Gallery Blocks
    • Promo Blocks
    • Inline Posts
    • Paginated Post
    • Contact Form
  • Sample Page
  • Buy Now
Archives
  • August 2022
  • April 2021
  • March 2021
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
Categories
  • Aenean Eleifend
  • Aliquam
  • Berita Terkini
  • Etiam
  • Info Kemalangan
  • Islamik
  • Maecenas
  • Metus Vidi
  • Rhoncus
  • Tips & Tricks
  • Vulputate
  • wanita
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Isu Harian
  • Categories
    • Maecenas
    • Aenean Eleifend
    • Vulputate
    • Etiam
  • Features
    • Category Blocks
    • Content Blocks
      • Accordions
      • Alerts
      • Author
      • Facebook Fanpage
      • Instagram Feed
      • Pinterest Board
      • Progress Bars
      • Separators
      • Share Buttons
      • Social Links
      • Subscription Forms
      • Tabs & Pills
      • Twitter Feed
    • Content Formatting
      • Badges
      • Drop Caps
      • Styled Blocks
      • Styled Lists
      • Numbered Headings
    • Gallery Blocks
    • Promo Blocks
    • Inline Posts
    • Paginated Post
    • Contact Form
  • Sample Page
  • Buy Now
11K
724
  • Islamik

Ustaz Ebit Lew Kongsi 14 Cara Rezeki Masuk Terus Sampai Melekat

  • March 23, 2021
  • Admin
Total
0
Shares
50
0
0

Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakkan manusia. Kami ada kongsikan tips bagaimana pengurusan kewangan jika anda memerlukan. Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup untuk kaya, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Kerana apabila kita kaya lebih ramai lagi golongan yang memerlukan kita dapat bantu.

Kami akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama. Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah. Ikuti perkongsian dari ustaz Ebit Lew ini.

14 Amalan Ini Untuk Kaya

#1 Memperbanyakkan Beristighfar
Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi Muhammad SAW,
” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan
Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

#3 Hindari Dosa
Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik


اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

#6 Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261)

#7 Membantu Mereka Yang Lemah
Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka
Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita dalam tawakal melakukan amalan untuk kaya, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud,
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.. ” (Hadis Riwayat Muslim)

#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia
Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan dan apabila banyak peluang perniagaan ini membantu usaha kita untuk kaya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang
Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada Saidina Ali:
“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”

#11 Solat Dhuha
Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

#12 Sentiasa Bersyukur
Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT,
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)

#14 Bertawakal Kepada Allah
Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Firman Allah,
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja banyak lagi bentuk kaya yang kita tak perhalusi.

Kredit: Pesona Pengantin

Post Views: 1,047
Total
50
Shares
Share 50
Tweet 0
Pin it 0
Admin

Previous Article
  • Berita Terkini

Perlis Benarkan Solat Berjemaah Saf Rapat Mulai Esok

  • March 23, 2021
  • Admin
View Post
Next Article
  • Berita Terkini

Wow! Neelofa dan PU Riz Bernikah Sabtu Ini?

  • March 25, 2021
  • Admin
View Post
You May Also Like
View Post
  • Islamik

Kebesaran Allah, Garis Pantai Ini Membentuk Seperti Kalimah Allah

  • Admin
  • March 23, 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts
  • Semua Duit Hilang ‘Mengejut’ Dalam Maybank, Wanita Kongsi Cara Dapatkan Semula
  • “UMAIRAH..UMAIRAH..” SEORANG AYAH MER4UNG ANAK 5 TAHUN MNINGGAI DUNIA DI ATAS RIBANYA, SEMP4T AJAR MENGUCAP
  • Emosi Wanita Jangan Buat Main-Main, Lebih-Lebih Lagi Sewaktu Wanita Mengandung, Berpantang dan Menyusukan Anak!
  • Guru Tadika Campak Anak Murid Diberhentikan Serta-Merta
  • [VIDEO] Viral Cikgu Kalau Marah Sangat Pun Janganlah Di Hempas Budak Kecik Tuu
Recent Comments
    Featured Posts
    • 1
      Semua Duit Hilang ‘Mengejut’ Dalam Maybank, Wanita Kongsi Cara Dapatkan Semula
      • August 25, 2022
    • 2
      “UMAIRAH..UMAIRAH..” SEORANG AYAH MER4UNG ANAK 5 TAHUN MNINGGAI DUNIA DI ATAS RIBANYA, SEMP4T AJAR MENGUCAP
      • August 24, 2022
    • 3
      Emosi Wanita Jangan Buat Main-Main, Lebih-Lebih Lagi Sewaktu Wanita Mengandung, Berpantang dan Menyusukan Anak!
      • April 4, 2021
    • 4
      Guru Tadika Campak Anak Murid Diberhentikan Serta-Merta
      • March 26, 2021
    • 5
      [VIDEO] Viral Cikgu Kalau Marah Sangat Pun Janganlah Di Hempas Budak Kecik Tuu
      • March 26, 2021
    Recent Posts
    • Wow! Neelofa dan PU Riz Bernikah Sabtu Ini?
      • March 25, 2021
    • Perlis Benarkan Solat Berjemaah Saf Rapat Mulai Esok
      • March 23, 2021
    • Kebesaran Allah, Garis Pantai Ini Membentuk Seperti Kalimah Allah
      • March 23, 2021
    Categories
    • Aenean Eleifend (10)
    • Aliquam (3)
    • Berita Terkini (5)
    • Etiam (10)
    • Info Kemalangan (1)
    • Islamik (2)
    • Maecenas (10)
    • Metus Vidi (3)
    • Rhoncus (4)
    • Tips & Tricks (1)
    • Vulputate (10)
    • wanita (1)
    Isu Harian
    • About Us
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Contact Us
    Isu Apa Hari Ini?

    Input your search keywords and press Enter.