Sejak pagi tadi, satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook My Kuala Langat memperlihatkan situasi di sebuah sekolah tadika apabila seorang kanak-kanak dimarahi oleh tenaga pengajar di sana.
Betul ke ni dkt Jalan Kebun? Sumber : Nur Kamelia Sari via group Penduduk Jalan kebun, Klang https://www.facebook.com/groups/1026834974035887/permalink/4061174200601934/Posted by My Kuala Langat on Thursday, 25 March 2021
Video yang diperoleh daripada seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman tersebut di group FB Penduduk Jalan Kebun, Klang itu benar-benar membuatkan warganet berasa geram.
Dalam video yang dirakam, dapat dilihat seorang wanita dewasa dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berseragam sama dengan pelajar lain.
Dia juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.
Bukan macam ni ajar murid2
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah berasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak di sekolah tadika.
Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.
Mungkin budak tu sal4h, tapi kas4r sangat
Harap pihak p0lis dapat siasat
Tolong ambil tindakan
Sumber : Page My Kuala Langat